Tuesday 20 December 2011

KAWAL SELIAAN INDUSTRI PERKHIDMATAN





Bahagian Industri Perkhidmatan (BIP) adalah dipertanggungjawabkan untuk mengawalselia sektor perkhidmatan yang tidak dikawal selia oleh mana-mana Kementerian/Agensi Kerajaan lain.  Tanggungjawab BIP terhadap sektor perkhidmatan yang tidak dikawalselia tertumpu kepada pembangunan industri perkhidmatan tersebut supaya lebih berdaya saing dan berdaya maju.

BIP juga memberi perhatian kepada pembukaan pasaran sektor-sektor ini dengan tujuan menggalakkan pelaburan. 




Antara industri perkhidmatan yang sedang dalam kajian BIP pada ketika ini adalah:

i.        Bengkel kenderaan bermotor
ii.        Restoran dan Katering
iii.       Penjagaan Diri dan Kecantikan
iv.       Meletak Kereta
v.       Perkhidmatan Rundingan Pengurusan
vi.       Penyimpanan dan gudang
vii.      Pengiklanan
viii.      Penyelidikan pasaran
ix.       Perkhidmatan Kawalan Serangga/binatang perosak
x.       Perkhidmatan pengangkutan gas dan petroleum melalui saluran paip
xi.       Terjemahan dan Tafsiran
xii.      Membaiki jam dan alat optik

TAHU KAH ANDA JUALAN LANGSUNG JUGA MEMPUNYAI GARIS PANDUAN?






GARIS PANDUAN: PERMOHONAN LESEN JUALAN LANGSUNG PENDAHULUAN

Garis panduan ini bertujuan membantu syarikat-syarikat yang berminat untuk memohon lesen perniagaan jualan langsung mengikut keperluan  Akta Jualan Langsung 1993 dan Peraturan-peraturan Jualan Langsung 1993. Dokumen ini tidak boleh digunakan untuk sebarang pertikaian di Mahkamah.
Garis panduan ini juga mengandungi kriteria-kriteria yang boleh dijadikan panduan semasa mengemukakan permohonan lesen perniagaan jualan langsung dan tatacara lain untuk pelbagai permohonan di sepanjang tempoh pelesenan.
Adalah diharapkan Garis Panduan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemegang lesen jualan langsung selaras dengan tiga objektif penting Akta Jualan Langsung 1993 iaitu:
  • Melesenkan aktiviti jualan langsung demi untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna;
  • Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan aktiviti jualan langsung yang beretika;dan
  • Melarang segala kegiatan berbentuk piramid serta skim cepat kaya.

PERINGATAN

Sebelum menceburi perniagaan jualan langsung, anda dinasihatkan supaya terlebih dahulu memahami secara jelas AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 (AJL 1993).

SEKSYEN 4(1) AJL 93

"Tertakluk kepada seksyen 14 dan 42, tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung melainkan jika ia suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan memegang lesen yang sah yang diberikan di bawah seksyen 6".

SEKSYEN 2 AJL 93

Bagi maksud garis panduan  ini :
(a)       "Jualan Langsung" ertinya jualan pintu ke pintu dan pesanan pos mengikut pengertian akta ini
(b)        "Jualan Pintu ke pintu" ertinya atau perkhidmatan yang dijalankan dengan cara berikut:
Seseorang atau mana-mana yang diberikuasa olehnya:
i)       pergi dari satu tempat ke satu tempat selain daripada satu tempat perniagaan yang tetap; atau
ii)     membuat panggilan telefon mencari orang yang bersedia untuk membuat kontrak sebagai pembeli bagi penjualan barang atau perkhidmatan.
Orang yang mula-mula disebut itu atau mana-mana orang lain selepas itu atau kemudiannya membuat perundingan dengan bakal pembeli dengan mewujudkan kontrak itu

(c)   "Jualan Pesanan Pos" ertinya jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, samada sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberikuasa olehnya, denga menerima tawaran bagi kontrak jualan melalui pos.
JENIS PELAN PEMASARAN DI BAWAH PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG

Terdapat tiga jenis pelan pemasaran di bawah perniagaan jualan langsung seperti berikut:

BERBILANG TINGKAT (MULTI LEVEL MARKETING PLAN)
i.          Syarikat akan mengambil/melantik individu sebagai ahli/pengedar untuk mengedar barangan syarikat;
ii.         Ahli/pengedar yang berkenaan pula akan melantik individu lain (downline) bagi membentuk rangkaiannya menjual barangan syarikat. Proses pengambilan ahli/pengedar baru boleh diteruskan sehingga satu peringkat yang munasabah.
iii.        Setiap ahli/pengedar akan mendapat komisen/ bonus / insentif daripada jualan peribadi dan jualan ahli / pengedar di bawah rangkaiannya (over-riding bonus).
SATU TINGKAT (SINGLE LEVEL MARKETING PLAN)
i.          Syarikat akan melantik wakil jualan/ejen jualan dan membayar gaji/komisen/gabungan gaji dan komisen alas jumlah jualan yang dibuat; dan
ii.         Wakil jualan/ejen jualan berkenaan tidak dibenarkan untuk melantik/menaja wakil jualan/ejen jualan lain.
JUALAN MELALUI PESANAN POS (MAIL ORDER)
Jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, sama ada sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa melalui pos.
TATACARA PERMOHONAN
Permohonan hendaklah mematuhi syarat-syarat asas berikut:
KELAYAKAN
Pemohon hendaklah terdiri dari syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.








MODAL BERBAYAR           
     
KATEGORI
Bukan 100% Bumiputera
100% Bumiputera
Pemasaran Berbilang Tingkat
RM1,500,000
RM500,000
Pemasaran Satu Tingkat
RM   500,000
RM100,000
Jualan Pesanan Pos
RM   500,000
RM100,000
Syarikat yang mempunyai pemilikan asing
RM5,000,000
-

PELAN PEMASARAN

Pelan pemasaran yang dilaksanakan hendaklah mengikut ciri-ciri berikut :
  • Tidak menjalankan perniagaan yang melibatkan apa-apa skim atau perkiraan berbentuk piramid seperti yang  dinyatakan di bawah seksyen 7 AJL 1993.
  • Mematuhi Peraturan-Peraturan Jualan Langsung (Skim dan Perjalanan) 2001 yang mula berkuatkuasa pada 15 Ogos 2001 iaitu:
a)         Penyampaian skim tidak boleh mengelirukan:
i.          Dalam penyampaian sesuatu skim jualan langsung, seseorang yang menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung tidak boleh mengelirukan peserta dengan memberi penekanan yang berlebihan terhadap bonus tinggi yang tidak seimbang .
ii.          Tiap-tiap peserta hendaklah diberikan suatu kelengkapan jualan (sales kit) yang mengandungi rancangan pemasaran (pelan pemasaran) dan kod etika/tatasusila syarikat.
b)        Pembayaran Insentif

Syarikat yang menjalankan perniagaan jualan langsung hendaklah menyediakan suatu insentif berasaskan jumlah atau kuantiti barang atau perkhidmatan yang dijual atau diedarkan oleh tiap-tiap peserta yang diambil masuk ke dalam skim dan bukan daripada pengambilan orang ke dalam skim.

c)        Peserta tidak boleh membeli barang atau perkhidmatan dalam harga/amaun  yang tidak munasabah

Tiap-tiap peserta dikehendaki membeli barang atau perkhidmatan dalam suatu harga/amaun yang dijangka boleh dijual semula atau digunakan dalam suatu tempoh masa yang munasabah.
  
 d)        Perjanjian
i.          Syarikat yang menjalankan perniagaan jualan langsung hendaklah menyediakan suatu kontrak bertulis atau penyata yang mengandungi terma dan syarat perjanjian itu.
ii.         Perjanjian itu hendaklah memperuntukan perkara berikut:
(a)        Peserta hendaklah diberikan tidak kurang daripada sepuluh hari kerja dari tarikh pengambilan untuk membatalkan keahliannya (Tempoh bertenang/cooling off period) ;
(b)        Apabila terdapat pembatalan keahliannya di bawah perenggan (a), peserta itu hendaklah dibayar semua bayaran yang dikehendaki dalam perjanjian itu;
(c)        Syarikat mesti mempunyai polisi beli balik. Syarikat yang menjalankan perniagaan jualan langsung hendaklah membeli balik apa-apa barang yang boleh dipasarkan yang telah dijual kepada peserta itu dalam masa enam bulan yang tidak kurang daripada sembilan puluh peratus amaun yang dibayar; dan
(d)        Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan peraturan ini adalah melanggar syarat-syarat lesen.

TIPS UNTUK PENGGUNA

TIPS PENGGUNA DAN HAK KITA SEBAGAI PENGGUNA

AUTOMOTIF
KESELAMATAN PRODUK
2.       Product Recalls
3.       Kenderaan Bermotor
5.       Barangan Kecantikan
6.       Produk Kesihatan
7.       Alat Mainan
9.       Kelengkapan Elektrik
MAKANAN DAN PEMAKANAN
1.       Product Recalls
2.       Barangan Kawalan
3.       Khasiat Pemakanan
4.       Pelabelan Makanan
KESIHATAN
4.       Product Recalls
5.       Produk Kesihatan
6.       FAQ Penyakit Lazim
7.       Senaman dan Riadah
8.       Panduan Berdiet
9.       Insurans
10.     Imunisasi
11.     Amalan Hidup Sihat
KELUARGA DAN MASYARAKAT
3.       Penjagaan Warga Tua
5.       Keselamatan di Rumah
6.       Penjagaan Kanak-kanak
KERJAYA DAN PENDIDIKAN
1.       Badan Profesional
2.       Pendidikan Vokasional
3.       Ruangan Mencari Kerja
4.       Pendidikan Jarak Jauh
6.       Kolej dan Universiti
KEWANGAN
3.       Panduan Sewa-Beli
4.       Pinjaman Pendidikan
5.       Bursa Saham 
6.       Skim Amanah Saham
7.       Pajak Gadai
8.       Pinjaman dan Kredit
9.       Tips Pelaburan
TEKNOLOGI
2.       Produk Malaysia
3.       Paten dan IP
5.       Ulasan Produk Terkini

ANDA TAHU HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA?


HAK - HAK PENGGUNA.

Pengguna yang bertanggungjawab adalah pengguna yang menyedari hak-haknya sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab. Lapan hak pengguna yang perlu diketahui dan difahami ialah:

Hak untuk mendapatkan keperluan asas 

Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya

Hak untuk mendapatkan keselamatan 

Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

Hak untuk mendapatkan maklumat 

Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

Hak untuk membuat pilihan 

Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

Hak untuk bersuara 

Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.


Hak untuk mendapatkan ganti rugi 

Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian. Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna 

Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat 

Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.

Monday 19 December 2011

SIJIL PELANTIKAN RAKAN NIAGA PROGRAM KEMBARA ANGKASAWAN

Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia

Rakan Niaga (lpkpm) · Kuala Lumpur, Malaysia
Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (lpkpm)
Ingin menawarkan kepada semua untuk menjadi rakan Niaga / ahli pemantau dan ahli Lembaga Pelindung Kebajikan Pengguna Malaysia sekiranya anda berminat boleh menghubunggi kami di talian 014-2572562 or email lembaga.pengguna@gmail.com untuk mendapatkan lebih infomasi. Kepada Ahli Perniagaan yang ingin bersama dan ingin menjadi rakan Niaga lpkpm boleh terus menghunggi no yang disediakan.
LPKPM ingin berkerjasama dengan ahli perniagaan / yang memberi service kepada pengguna di Malaysia. Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia mencari ahli di seluruh Malaysia.
Bersama kita menjaga hak kita sebagai Perniaga dan Pengguna.
Hubunggi kami di talian 014-2572562.

■ Rakan Niaga Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna MalaysiaKilang Makanan/ Minuman, Kilang Pembuatan Makanan Kesihatan, Kilang Ubatan Tradisional, Pusat-Pusat Rawatan Tradisional, Syarikat Jualan Langsung. Perkhidmatan Insuran, Perkhidmatan Perbankan, Perkhidmatan Telekonumakasi, Kosmetik, Perkhidmatan Pengankutan / Kenderaan, Syarikat Perumahan Dan Lain-lain.

■ Ahli PemantauSebagai mata dan telinga kepada Kerajaan dan juga Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia.

■ Pelantikan ahli Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna MalaysiaLembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia ingin menjemput semua Rakyat Malaysia menjadi ahli Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (lpkpm). Bersama menjaga kebajikan dan hak penggunaan kt bersama.